Thursday, January 19, 2012

In Vitro fertilization (IVF) / tabung uji






































langkah demi langkah proses IVF


1) sebelum memulakan kitar IVF
sebelum rawatan dimulakan terdapat beberapa langkah yang akan dilaksanakan supaya anda benar-benar bersedia..

langkah 1

  • penyiasatan patologi bagi wanita dan lelaki. 
langkah 2
  • pesakit akan mendapatkan khidmat kaunseling terlebih dahulu. mereka yang mempunyai masalah fertiliti  akan mengalami pelbagai penyiasatan sebelum memulakan IVF. tekanan sama ada secara mental ataupun fizikal mula dirasai sebaik sahaja rawatan bermula
langkah 3
  • temujanji di pusat IVF untuk memudahkan doktor mendapatkan tarikh jangkaan datang haid..ketika ini doktor akan mengajar cara suntikan dan ubat ubatan yang lain
langkah 4
  • memulakan kitaran pertama rawatan bergantung kepada jenis protokol yang digunakan oleh pesakit seperti long protocol, short protocol dan lain-lain.pesakit mula membuat suntikan ubat seperti superfact.
langkah 5
  • fasa kitar stimulasi adalah fasa yang penting kerana ianya dapat menggalakkan perkembangan oosit-oosit (ovum atau telur) di dalam ovari wanita
langkah 6
  • imbasan ultrabunyi vagina untuk mengetahui tindakbalas tubuh anda terhadap fasa pra-rawatan. imbasan itu bagi memastikan tiada pertumbuhan folikel pada ovari-ovari dan dalam masa yang sam ketebaln rahim akan diukur.
langkah 7
  • memulakan suntikan hormon perangsang folikel (FSH). semasa fasa stimulasi, anda akan meneruskan pengambilan dos tunggal seperti superfact, lucrin atau synarel. sekirangya anda telah mengabil dos berganda, anda akan mengurangkan kepada 1 dos. anda juga akan mula diberi suntikan hormon perangsang folikel contohnya seperti gonal F atau puregon. Fasa ini dianggap paling penting kerana ianya akan merangsang pertumbuhan folikel.
langkah 8
  • ulangan imbasan ultrabunyi vagina . anda akan diminta terus mengambil superfact atau synarel dan suntikan FSH selama 5 hari hingga 8 hari bergantung kepada saiz matang folikel. doktor akan merekodkan bilangan dan saiz folikel, ketebalan lapisan rahim atau keabnormaln seperti sista sekiranya ada. bedasarkan maklumat imbasan, doktor akan memutuskan masa yang paling sesuai untuk suntikan hCG dan bila pengutipan ovum  boleh dilakukan. kadangkala keptusan terlebih stimulasi (OHSS) akan didapati semasa imbasan dan doktor akan berbincang mengenai pilihan seterusnya yang terbaik untuk anda.

ni gamba folikel..banyak kan....



langkah 9
  • suntikan hCG selalunya diberikan untuk memulakan proses akhir pematangan telur-telur untuk pengutipan ovum (OPU- Ovum Pick UP). suntikan akan diberikan diantara 34 hingga 36 jam sebelum pengutipan telur.
langkah 10
  • pengutipan ovum (ovum pick up/OPU).proses ini dilakukan 1-2 hari selepas suntikan hCG.  tarikh pengambilan sperma juga sama sewaktu OPU. ketika OPU pesakit akan dibius sepenuhnya/separuh sedar.ovum akan disenyawakan dengan sperma.
langkah 11
  • pemindahan embrio. proses ini dilakukan lebih kurang 2 hari selepas pengutipan telur. anda diminta menghubungi pusat IVF sehari selepas pengutipan ovum (telur) untuk mengetahui tarikh pemindahan embrio.

and this is our embryo...actually our babies....hurrrrmmmm..bahagia bile tengok gamba ni




langkah 12
  • ujian kehamilan dibuat 2minggu selepas pemindahan embrio....

waktu ni lah yang paling stressss...dup..dap..


ni contoh prosedur ivf untuk short protokol

CONTOH JADUAL PROSEDUR IVF (LONG PROTOCOL)

5/10/2011- 1st day period (call hospital)
24/10/2011-appointment with doctor (vaginal scan)
25/10/2011-start superfact injection continuously 
3/11/2011- 1st day period (next cycle)..call the hospital.still superfact injection
9/11/2011- appointment with doctor (vaginal scan)..superfact injection
12/11/2011-start Gonal F injection and superfact (twice a day injection)..continuously
16/11/2011-appointment (vaginal scan)..now plus menopur injection..that means 3 injections per day
                 (superfact + Gonal F + menopur)..continuously
21/11/2011-appointment (vaginal scan) + superfact, Gonal F, Menopur
24/11/2011- appointment (vaginal scan)..still with the same injection
25/11/2011-last injection for superfact, gonal F and menopur
26/11/201-hCG injection
28/11/2011- Ovum pick up (OPU)..zzzz
30/11/2011- BIG DAY!!!..Embryo transfer...my babies...
12/12/2011-get the result..toinggg

and all together i have 58 injections...


Ouuuchhhh....

ni smua ubat-ubat yang perlu diambil

inilah Gonal F yang comel. kecik jek botol die tapi sebotol lebih kurang RM500.00


..and how beautiful they are...

No comments:

Post a Comment